Kepercayaan popular Makna hidup

Ramai orang mempercayai bahawa makna hidup adalah untuk:

  • mengumpulkan harta kekayaan;
  • memajukan perkembangan manusia yang semula jadi, ataupun menyumbang kepada takung gen manusia;
  • memajukan evolusi teknologi, ataupun giat dalam pengembangan manusia kemudian hari;
  • bersaing atau bekerjasama dengan orang lain;
  • membunuh untuk mempertahankan diri atau sebaliknya, mengamalkan ketidakganasan dan ketidaktentangan;
  • menunjukkan belas kasihan;
  • memperoleh atau menggunakan kuasa;
  • memberi atau menerima kasih sayang;
  • mempelajari atau mencari kesedaran;
  • meninggalkan pusaka, seperti karya atau buku;
  • berhidup secara damai dengan orang lain dan berharmoni dengan alam semula jadi;
  • melahirkan anak-anak melalui pembiakan seks;
  • memburu idaman, impian ataupun takdir;
  • memahami, berbaik dengan, ataupun mencapai perpaduan dengan orang lain;
  • mencari hakikat, pengetahuan, pemahaman ataupun kebijaksanaan;
  • mencari dan memperoleh sifat baik, atau hidup dalam kemuliaan;
  • mencari dan memperoleh keindahan;
  • mencari kebebasan, baik dari segi fizikal, mental, kewangan ataupun rohaniah;
  • mencari kebahagiaan dan berkembang maju, mengalami nikmat atau meraikan;
  • berkhidmat kepada orang lain atau melakukan perbuatan baik;
  • hidup sahaja sehingga mati (tiadanya tujuan umum ataupun firdausi, kewujudan tidak mempunyai makna lain selain daripada makna yang diberikan sendiri);
  • hidup, termasuk memburu keabadian melalui cara saintifik (sila lihat ekstensi hidup);
  • bertugas untuk keadilan dan demokrasi;
  • menyembah, menjadi hamba Tuhan ataupun untuk mencapai penyatuan dengan Tuhan; ataupun
  • penggabungan unsur-unsur di atas.

Yang dipersetujui oleh ahli-ahli sains dan ahli-ahli falsafah tentang makna hidup adalah anggapan bahawa selok-belok hidup (iaitu alam semesta) dapat ditentukan. Oleh sebab itu, makna hidup boleh diperolehi melalui pemahaman selok-belok alam semesta, termasuknya selok-belok badan manusia. Walau bagaimanapun, sebenarnya tiada pandangan saintifik mengenai maksud hidup biologi selain daripada fungsi biologi yang dapat dilihat, yakni untuk meneruskan dan membiak diri. Dalam hal ini, sains cuma menanyakan soalan-soalan kuantitatif seperti: "Apakah yang dibuat?" "Dengan cara apa?" serta "Sejauh mana?" dan bukannya "Bagi tujuan apa?"

Akan tetapi, sesama dengan falsafah, sains menghadapi kelima-lima tafsiran tentang maksud hidup secara langsung, dan mencuba menjawab setiap soalan dari segi apa-apa yang wujud ataupun perhubungannya dengan manusia (iaitu merupakan tujuan sains).

Oleh sebab ini, persoalan "Apakah asalnya hidup?" telah menghasilkan Teori Dentuman Besar dan Teori Evolusi yang menerangkan dari mana datangnya alam semesta, matahari, planet dan manusia, akan tetapi ia tidak dapat lagi menerangkan asalnya bentuk hidupan mikroskop yang pertama. Sebilangan ahli sains menganggap bahawa hidup di bumi bermula apabila kilat, komet atau meteor ataupun peristiwa kemalangan yang lain menimpa dan menyebabkan sekumpulan sebatian organik bergabung untuk menjadi sel primitif. Sel ini boleh membiak dan kemudiannya berkembang menjadi bentuk-bentuk hidupan yang lebih tinggi. Berdasarkan teori-teori yang sama ataupun lebih kurang sama, sebilangan ahli falsafah telah mengatakan bahawa oleh sebab hidup adalah kebetulan sepenuhnya, kita tidak boleh menjangka bahawa hidup mempunyai makna apa-apa selain daripada pengekalan diri melalui pembiakan.

Bagi menjawab persoalan "Apakah sifatnya hidup (dan alam semesta kita)?", ahli sains telah mengemukakan pelbagai teori ataupun pandangan dunia sejak beberapa abad dahulu, termasuknya pandangan heliosentrik Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei, alam semesta mekanik lancar Renes Descartes dan Isaac Newton, Teori Kerelatif Am Albert Einstein serta Teori Camuk Benoit Mandelbrot, untuk memahami alam semesta kita. Pada waktu yang sama, ramai ahli sains dalam bidang biologi dan perubatan telah membedah mayat manusia secara terperinci untuk memperolehi kefahaman sifat hidup biologi.

Persoalan "Apakah maksud hidup?" telah menumpukan perhatian ahli-ahli sains kepada persoalan maksud serta bagaimana ia diperolehi dan dikemukakan (sila lihat semiotik). Soalan ini telah diperiksa dengan teliti dari segi perhubungan di antara hidup dengan persekitaran (alam semesta) dan sebaliknya. Oleh sebab itu, dari segi sains, maksud hidup merupakan "apa itu hidup", "apakah yang dibuatnya", dan "mengapa ia membuat begitu".

Soalan-soalan "Apakah yang bernilai dalam hidup?" dan "Apakah tujuan hidup (seseorang) merupakan perkara pokok sains-sains sosial. Soalan-soalan sebegini telah diperiksa dengan teliti oleh ahli-ahli sains setiap hari dari segi bentuk-bentuk hidupan yang dikaji dalam pencubaan untuk menerangkan kelakuan dan interaksi manusia (termasuk juga setiap jenis haiwan). Penyelidikan nilai telah menghasilkan bidang Ekonomi dan Sosiologi. Penyelidikan motif (yang membayangkan apa yang bernilai bagi seseorang) dan persepsi nilai merupakan perkara bidang Psikologi.